Tanpa matlamat yang jelas, kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana tanpa matlamat manusia akan menjadi seperti kapal tanpa nakhoda. Ia hanya akan dipukul arus. Sebaliknya, dengan matlamat yang jelas manusia menjadi seperti kapal yang mampu belayar menongkah arus menuju destinasi. Perbezaan antara hanyut dan belayar ditentukan oleh matlamat. Antara matlamat penting yang perlu dicapai oleh individu dalam hidupnya adalah:
1) Mental
2) Agama
3) Kesihatan
4) Keluarga
5) Kewangan
6) Kerjaya
7) Masyarakat
Saturday, January 31, 2009
Visi
Kumpulan yang berjaya biasanya mereka yang mengamalkan perkongisan visi. Perkongsian visi mampu menaikkan semangat dan menjadikan manusia sanggup berkorban bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi. ia menghilangkan semangat keakuan dalam diri seseorang dan sebagai gantinya melahirkan semangat kekitaan. Di samping itu ia merangsang ke arah pembelajaran dan penguasaan ilmu kerana kedua-dua ini adalah penting bagi mencapai suatu matlamat.
Makrifat
Makrifat berkaitan dengan empat perkara isitu mengenal diri, Tuhan, dunia dan akhirat. Apabila keempat-empat perkara ini dikenali dengan betul, keutamaan individu menjadi tepat, matlamat hidup tercapai dan keredhaan Allah diperoleh.
Jihad dan Ijtihad
Terdapat dua unsur pentng dalam ajaran Islam yang menjadikannya dinamis iaitu jihad dan ijtihad. Jihad bermaksud pelbagai usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi menegakkan kalimah Allah. Ijtihad pula bermaksud mencurahkan segala kemampuan bagi menentukan hukum syarak dengan cara mengeluarkan hukum dari nas-nas. Jihad dan ijtihad perlu kerana tanpanya agama Islam menjadi beku dan tidak relevan. Untuk itu, ilmu yang mantap lagi laus diperlukan.
Friday, January 30, 2009
Arak
Arak adalah alkohol dalam bentuk etil. Ia adalah sejenis dadah yang betindak pada otak manusia yang boleh menyebabkan ketagihan. Di dalam pasaran, terdapat tiga jenis arak yang popular iaitu bir yang dibuat daripada biji-bijian dan mengandungi 3-6 peratus alkohol, wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14 peratus alkohol dan minuman keras yang dikenali sebagai liquor. Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan mengandungi 40-50 peratus alkohol. Meminum arak akan mengganggu sel-sel otak, menyebabkan sakit jantung, paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong,radang dan barah hati dan melemahkan sistem pertahanan badan. Sebagai manusia yang berfikiran waras, adakah patut kita mengambil bahan yang boleh merosakkan akal kita ini?
Akal
Akal adalah kekuatan pemikiran semulajadi yang dikurniakan Allah kepada manusia supaya dengannya manusia dapat mengenal hakikat sesuatu perkara. Dan akal juga adalah tempat lahir dan tertegaknya ilmu. Imlu tumbuh dari akal sebagaimana tumbuhnya buah-buahan dari pohon dan terpancarnya cahaya dari matahari. Akal amat mulia sehinggakan haiwan yang bertubuh besar lagi perkasa bimbang dan takut semasa berdepan dengan manusia kerana menyedari manusia mempunyai helah dan upaya bagi melakukan sesuatu hasil dari kekuatan akal.
Kualiti
Asas-asas kualiti Islam boleh dibahagikan kepada 8 perkara:
1) Autoriti tertinggi bagi menentukan kualiti adalah Allah
2) Kualiti bermula dari dalam
3) Kualiti perlu mengikut ukiran, bukan dakwaan
4) Berkualiti pada setiap masa, bukan sekali sekala
5) Setiap orang adalah pemimpin
6) Menilai sebelum dinilai
7) Berkualiti secara holistik, bukan hanya pada beberapa sudut
8) Mengabaikan pemeliharaan kualiti merugikan dunia dan akhirat
1) Autoriti tertinggi bagi menentukan kualiti adalah Allah
2) Kualiti bermula dari dalam
3) Kualiti perlu mengikut ukiran, bukan dakwaan
4) Berkualiti pada setiap masa, bukan sekali sekala
5) Setiap orang adalah pemimpin
6) Menilai sebelum dinilai
7) Berkualiti secara holistik, bukan hanya pada beberapa sudut
8) Mengabaikan pemeliharaan kualiti merugikan dunia dan akhirat
Subscribe to:
Posts (Atom)
