Saturday, April 11, 2009

Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?

Benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?
Siapakah sebenarnya individu yang sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Quran?
Apakah kaitan Raja namrud, Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dengan Zulqarnain?
Bagaimanakah kisah sebenar pembinaan tembok penghalang bagi Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?
Siapakah individu yang dinamakan Raja Kurush? Apa kaitanya dengan Zulqarnain?

Sejak sekian lama, kita mempercayai Isandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun, tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak dissandarkan dengan gelaran itu.

Friday, February 27, 2009

Kekuatan dalaman

Takwa adalah kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakanya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Justeru, bersihkanlah iman kita daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat. Patikan kita melakukan ibadah-ibadah wajib setiap hari dan menjauhi sebarang maksiat. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang salih supaya kita tidak terbabas.

Izzah

Islam adalah agama ciptaan Tuhan. Justeru ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali Islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan Islam. Apabila orang itu berasa mulia dengan Islam, hidupnya menjadi lebih terarah. Segala aktiviti dalam hdupnya aka dijuruskan bagi menjadikan dirinya insan mulia iaitu insan bertakwa. Izzah juga menjadikan individu itu mengasihi yang makruf dan membenci mungkar. Justeru, pastikan kita mengenali Islam secara yang betul. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup. Jangan lupa menceritakan keindahan Islam kepada orang bukan Islam, di dalam dan luar negara.

Kecemerlangan

Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu. Justeru, kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Walau bagaimanapun, Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Ia mempunyai kepentingan. Namun, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Oleh kerana syurga adalah milik Tuhan, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Tuhan. Umat Islam dapat mengetahui piawaian ini melalui Quran. Hanya dengan mengikut formula Quran sahaja dan dibantu oleh sunah, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, February 9, 2009

Pertolongan

Kasihan..kasihan saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Dibedil seperti mereka tidak ada hak untuk hidup di alam ini. Jangan risau kawan-kawanku, dengan pertolongan daripada Allah, tidak lama lagi umat Islam dapat mengalahkan golongan Yahudi yang zalim. Mengikut laporan Imam Muslim, nabi berkata,"Kiamat tidak akan berlaku sehingga umat Islam berperang dengan bangsa Yahudi dan orang Islam membunuh mereka sehingga golongan Yahudi terpaksa bersembunyi di belakang batu dan pohon. Ketika itu batu dan pohon akan berkata,"Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada Yahudi yang bersembunyi di sebalikku. Datanglah untuk membunuhnya'. Ini akan berlaku kecuali pada pohon gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. Syukur..syukur kepada Allah. Nabi tidak meninggalkan kita dalam keadaan teraba-raba. Sebaliknya, beliau mengurniakan kepada umat Islam formula kemenangan. Amin..amin ya Rabbil Alamin..

Dunia yang terbabas

Di dalam Human Development Report tahun 1998 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati :
1) $11 Billion dibelanjakan setiap tahun untuk membeli aiskrim di Eropah

2) $17 Billion dibelanjakan untuk membeli makanan binatang peliharaan di Eropah

3) $50 Billion dibelanjakan untuk rokok di Eropah

4) $105 Billion dibelanjakan untuk minuman keras di Eropah

5) $8 Billion dibelanjakan untuk alat-alat kosmetik di Amerika

6) $35 Billion dibelanjakan untuk hiburan di Eropah

7) $400 Billion dibelanjakan untuk membeli dadah di seluruh dunia

Ini bentuk pembaziran yang sedang berlaku pada hari ini, sedangkan dunia hanya memerlukan $6 Billion bagi memberikan pendidikan asas kepada semua dan $9 Billion bagi menyediakan kemudahan-kemudahan asas terutamanya di negara-negara miskin. Tidak dapat dinafikan, ramai manusia hari ini terbabas keutamaan hidup mereka. Marilah kita renungkan, adakah kita juga tergolong dalam orang-orang yang terbabas? Bagaimana dengan negara kita? Lurus kah? Atau bengkok kah?

Saturday, January 31, 2009

Gol

Tanpa matlamat yang jelas, kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana tanpa matlamat manusia akan menjadi seperti kapal tanpa nakhoda. Ia hanya akan dipukul arus. Sebaliknya, dengan matlamat yang jelas manusia menjadi seperti kapal yang mampu belayar menongkah arus menuju destinasi. Perbezaan antara hanyut dan belayar ditentukan oleh matlamat. Antara matlamat penting yang perlu dicapai oleh individu dalam hidupnya adalah:
1) Mental
2) Agama
3) Kesihatan
4) Keluarga
5) Kewangan
6) Kerjaya
7) Masyarakat