Friday, February 27, 2009

Kecemerlangan

Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu. Justeru, kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Walau bagaimanapun, Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Ia mempunyai kepentingan. Namun, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Oleh kerana syurga adalah milik Tuhan, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Tuhan. Umat Islam dapat mengetahui piawaian ini melalui Quran. Hanya dengan mengikut formula Quran sahaja dan dibantu oleh sunah, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

No comments: