Thursday, January 22, 2009

Hati

Hati adalah raja bagi manusia. Sebagai raja, hati mempunyai tentera-tentera yang mampu melaksanakan kehendak-kehendaknya. Tentera-tentera ini dikenali sebagai tentera-tentera zahir dan batin. Tentera-tentera zahir adalah segala anggota badan yang dikurniakan kepada manusia.Tentera-tentera batin pula adalah nafsu syahwat dan marah di samping ilmu, hikmat dan kebijaksanaan. Nafsu syahwat dan marah mampu memainkan dua peranan yang berbeza iaitu membantu hati atau menghancurkannya. Justeru, hati memerlukan ilmu dah hikmat supaya dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang bagi melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja.Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya adalah kebahagiaan bagi manusia di dunia dan akhirat. Marilah kita menjaga hati-hati kita yang menjadi bejana Allah di muka bumi ini.

No comments: