Saturday, January 24, 2009

Istiqamah

Mengikut pendapat sahabat Umar Khattab,"Istiqamah islah suatu keadaan di mana kamu mengikut perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara berterusan dan tidak berdolak-dalik serta ke sana kemari seperti musang. Istiqamah yang benar mestilah diasaskan atas dua perkara iaitu iman kepada Allah dan amalan mengikut apa yang dibawa oleh nabi, zahir dan batinnya. Orang yang sanggup beristiqamah adalah orang yang berprinsip, mempunyai integriti serta bermaruah tinggi. Lidah mereka tidak bercabang. Semangat juang mereka tidak dapat digoncang dan dilemahkan.

No comments: