Friday, January 23, 2009

Mujahadah

Apakah maksud mujahadah? Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi". Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam. Adakah kita benar-benar percaya pada harItalici akhirat?Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.

5 comments:

Sheikh Helmi said...

Semoga kita di kalangan org yg b'mujahadah..

card_long said...

saya sudah mengerti apa maksud mujahadah..... perkataan tu sering saya tengokmase bace buku karangan Fatimah Syarha.. syukran kasiran...

akuLinux said...

Penerangan yang mudah difahami, mohon kebenaran untuk sebarkan artikel ini.

Terima Kasih.

Izyan Rabzi said...

terima kasih atas info ini.. jzk

ღ Ḱᘉ ღ said...

Assalam, mohon share :)