Benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?
Siapakah sebenarnya individu yang sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Quran?
Apakah kaitan Raja namrud, Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dengan Zulqarnain?
Bagaimanakah kisah sebenar pembinaan tembok penghalang bagi Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?
Siapakah individu yang dinamakan Raja Kurush? Apa kaitanya dengan Zulqarnain?
Sejak sekian lama, kita mempercayai Isandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun, tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak dissandarkan dengan gelaran itu.
Saturday, April 11, 2009
Friday, February 27, 2009
Kekuatan dalaman
Takwa adalah kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakanya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Justeru, bersihkanlah iman kita daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat. Patikan kita melakukan ibadah-ibadah wajib setiap hari dan menjauhi sebarang maksiat. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang salih supaya kita tidak terbabas.
Izzah
Islam adalah agama ciptaan Tuhan. Justeru ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali Islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan Islam. Apabila orang itu berasa mulia dengan Islam, hidupnya menjadi lebih terarah. Segala aktiviti dalam hdupnya aka dijuruskan bagi menjadikan dirinya insan mulia iaitu insan bertakwa. Izzah juga menjadikan individu itu mengasihi yang makruf dan membenci mungkar. Justeru, pastikan kita mengenali Islam secara yang betul. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup. Jangan lupa menceritakan keindahan Islam kepada orang bukan Islam, di dalam dan luar negara.
Kecemerlangan
Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu. Justeru, kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah. Walau bagaimanapun, Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Ia mempunyai kepentingan. Namun, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Oleh kerana syurga adalah milik Tuhan, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Tuhan. Umat Islam dapat mengetahui piawaian ini melalui Quran. Hanya dengan mengikut formula Quran sahaja dan dibantu oleh sunah, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Monday, February 9, 2009
Pertolongan
Kasihan..kasihan saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Dibedil seperti mereka tidak ada hak untuk hidup di alam ini. Jangan risau kawan-kawanku, dengan pertolongan daripada Allah, tidak lama lagi umat Islam dapat mengalahkan golongan Yahudi yang zalim. Mengikut laporan Imam Muslim, nabi berkata,"Kiamat tidak akan berlaku sehingga umat Islam berperang dengan bangsa Yahudi dan orang Islam membunuh mereka sehingga golongan Yahudi terpaksa bersembunyi di belakang batu dan pohon. Ketika itu batu dan pohon akan berkata,"Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada Yahudi yang bersembunyi di sebalikku. Datanglah untuk membunuhnya'. Ini akan berlaku kecuali pada pohon gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. Syukur..syukur kepada Allah. Nabi tidak meninggalkan kita dalam keadaan teraba-raba. Sebaliknya, beliau mengurniakan kepada umat Islam formula kemenangan. Amin..amin ya Rabbil Alamin..
Dunia yang terbabas
Di dalam Human Development Report tahun 1998 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati :
1) $11 Billion dibelanjakan setiap tahun untuk membeli aiskrim di Eropah
2) $17 Billion dibelanjakan untuk membeli makanan binatang peliharaan di Eropah
3) $50 Billion dibelanjakan untuk rokok di Eropah
4) $105 Billion dibelanjakan untuk minuman keras di Eropah
5) $8 Billion dibelanjakan untuk alat-alat kosmetik di Amerika
6) $35 Billion dibelanjakan untuk hiburan di Eropah
7) $400 Billion dibelanjakan untuk membeli dadah di seluruh dunia
Ini bentuk pembaziran yang sedang berlaku pada hari ini, sedangkan dunia hanya memerlukan $6 Billion bagi memberikan pendidikan asas kepada semua dan $9 Billion bagi menyediakan kemudahan-kemudahan asas terutamanya di negara-negara miskin. Tidak dapat dinafikan, ramai manusia hari ini terbabas keutamaan hidup mereka. Marilah kita renungkan, adakah kita juga tergolong dalam orang-orang yang terbabas? Bagaimana dengan negara kita? Lurus kah? Atau bengkok kah?

Saturday, January 31, 2009
Gol
Tanpa matlamat yang jelas, kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana tanpa matlamat manusia akan menjadi seperti kapal tanpa nakhoda. Ia hanya akan dipukul arus. Sebaliknya, dengan matlamat yang jelas manusia menjadi seperti kapal yang mampu belayar menongkah arus menuju destinasi. Perbezaan antara hanyut dan belayar ditentukan oleh matlamat. Antara matlamat penting yang perlu dicapai oleh individu dalam hidupnya adalah:
1) Mental
2) Agama
3) Kesihatan
4) Keluarga
5) Kewangan
6) Kerjaya
7) Masyarakat
1) Mental
2) Agama
3) Kesihatan
4) Keluarga
5) Kewangan
6) Kerjaya
7) Masyarakat
Visi
Kumpulan yang berjaya biasanya mereka yang mengamalkan perkongisan visi. Perkongsian visi mampu menaikkan semangat dan menjadikan manusia sanggup berkorban bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi. ia menghilangkan semangat keakuan dalam diri seseorang dan sebagai gantinya melahirkan semangat kekitaan. Di samping itu ia merangsang ke arah pembelajaran dan penguasaan ilmu kerana kedua-dua ini adalah penting bagi mencapai suatu matlamat.
Makrifat
Makrifat berkaitan dengan empat perkara isitu mengenal diri, Tuhan, dunia dan akhirat. Apabila keempat-empat perkara ini dikenali dengan betul, keutamaan individu menjadi tepat, matlamat hidup tercapai dan keredhaan Allah diperoleh.
Jihad dan Ijtihad
Terdapat dua unsur pentng dalam ajaran Islam yang menjadikannya dinamis iaitu jihad dan ijtihad. Jihad bermaksud pelbagai usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi menegakkan kalimah Allah. Ijtihad pula bermaksud mencurahkan segala kemampuan bagi menentukan hukum syarak dengan cara mengeluarkan hukum dari nas-nas. Jihad dan ijtihad perlu kerana tanpanya agama Islam menjadi beku dan tidak relevan. Untuk itu, ilmu yang mantap lagi laus diperlukan.
Friday, January 30, 2009
Arak
Arak adalah alkohol dalam bentuk etil. Ia adalah sejenis dadah yang betindak pada otak manusia yang boleh menyebabkan ketagihan. Di dalam pasaran, terdapat tiga jenis arak yang popular iaitu bir yang dibuat daripada biji-bijian dan mengandungi 3-6 peratus alkohol, wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14 peratus alkohol dan minuman keras yang dikenali sebagai liquor. Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan mengandungi 40-50 peratus alkohol. Meminum arak akan mengganggu sel-sel otak, menyebabkan sakit jantung, paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong,radang dan barah hati dan melemahkan sistem pertahanan badan. Sebagai manusia yang berfikiran waras, adakah patut kita mengambil bahan yang boleh merosakkan akal kita ini?
Akal
Akal adalah kekuatan pemikiran semulajadi yang dikurniakan Allah kepada manusia supaya dengannya manusia dapat mengenal hakikat sesuatu perkara. Dan akal juga adalah tempat lahir dan tertegaknya ilmu. Imlu tumbuh dari akal sebagaimana tumbuhnya buah-buahan dari pohon dan terpancarnya cahaya dari matahari. Akal amat mulia sehinggakan haiwan yang bertubuh besar lagi perkasa bimbang dan takut semasa berdepan dengan manusia kerana menyedari manusia mempunyai helah dan upaya bagi melakukan sesuatu hasil dari kekuatan akal.
Kualiti
Asas-asas kualiti Islam boleh dibahagikan kepada 8 perkara:
1) Autoriti tertinggi bagi menentukan kualiti adalah Allah
2) Kualiti bermula dari dalam
3) Kualiti perlu mengikut ukiran, bukan dakwaan
4) Berkualiti pada setiap masa, bukan sekali sekala
5) Setiap orang adalah pemimpin
6) Menilai sebelum dinilai
7) Berkualiti secara holistik, bukan hanya pada beberapa sudut
8) Mengabaikan pemeliharaan kualiti merugikan dunia dan akhirat

Saturday, January 24, 2009
Istiqamah
Mengikut pendapat sahabat Umar Khattab,"Istiqamah islah suatu keadaan di mana kamu mengikut perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara berterusan dan tidak berdolak-dalik serta ke sana kemari seperti musang. Istiqamah yang benar mestilah diasaskan atas dua perkara iaitu iman kepada Allah dan amalan mengikut apa yang dibawa oleh nabi, zahir dan batinnya. Orang yang sanggup beristiqamah adalah orang yang berprinsip, mempunyai integriti serta bermaruah tinggi. Lidah mereka tidak bercabang. Semangat juang mereka tidak dapat digoncang dan dilemahkan.
Dakwah
Dakwah bermaksud mengajak kepada makruf dan mencegah mungkar dan ia tidak dapat dipisahkan daripada taqwa. Secara dasarnya, Islam tidak diturunkan bagi melahirkan golongan yang asyik bertapa dan bermeditasi sahaja tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling. Sebaliknya, Islam mahu umatnya membersihkan diri dan pada masa sama berperanan memperbaiki masyarakat berlandaskan Quran dan sunah. Sebahagian daripada umat Islam enggan melaksanakan tuntutan dakwah kerana merasakan diri mereka belum sempurna. Ini adalah pendirian yang salah dan berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata, "Jika seseorang tidak mahu mengajakkepada makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaanya menjadi sempurna tidak akan ada sesiapa pun yang akan mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran akhirnya." Apa-apa pun, usaha dakwah memerlukan persiapan diri. Antaranya ilmu yang mantap, ikhlas, sabar, kasih sayang dan amalam. Ia membantu usaha ke arah memantapkan taqwa.
Friday, January 23, 2009
Mujahadah
Apakah maksud mujahadah? Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi". Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam. Adakah kita benar-benar percaya pada hari akhirat?Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.
Muhasabah
Sudahkah kita memuhasabah diri kita hari ini? Marilah kita renungi beberapa perkara untuk memantapkan lagi taqwa kita:
1) Adakah kita menyedari ilmu adalah pintu gerbang segala kebaikan? Adakah kita sering megikuti program-program khas yang dapat membantu meningkatkan ilmu agama kita?
2) Quran adalah penawar dan rahmat bagi manusia. Justeru, adakah kita membaca Quran setiap hari dan menjadikannya sebagai amalan harian?
3) Adakah kita berusaha memahami ayat-ayat Quran yang kita baca?
4) Adakah kita meyakini segala ketetapan Allah di dalam Quran relevan dan sesuai dilaksanakan pada hari ini?
5) Adakah kita berbangga dengan ajaran Islam dan berazam menjadikannya cara hidup kita?
6) Adakah kita sentiasa melaksanakan ibadah yang diwajibkan ke atas diri seperti solat, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan seumpanya secara konsisten?
7) Adakah kita memuja isme, budaya dan cara hidup golongan bukan Islam yang bercanggah dengan agama Islam? jalan hidup yang bercanggah dengan islam dikenali sebagai jahiliyah.
8) Adakah kita pernah menzalimi hama-hamba Allah ataupun membantu orang yang menzalimi hamba-hambanya?
9) Adakah kita pernah menzalimi orang-orang bukan Islam yang idak memusuhi Islam?
10) Adakah kita mudah berburuk sangka dan suka mencari kesalahan orang lai?
11) Adakah kita memberikan masa mendidik anak-anak kita di samping menunjukkan contoh yang baik kepada mereka?
Marilah kita memuhasabah diri dengan keikhlasan agar melahirkan keinsafan di hati.

Thursday, January 22, 2009
Penawar
Lima penawar yang dapat membersihkan hati iaitu:
1) Bergaul dengan orang-orang yang salih
2) Sentiasa membaca Quran
3) Memelihara perut daripada makanan haram
4) Melakukan solat malam
5) Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah terutamanya semasa waktu subuh
Semoga berbekalkan ramuan-ramuan ini, potensi dan prestasi hati meningkat sehingga akhirnya manusia mencapai makam yang mulia iaitu taqwa.

Peluru
Antara pintu atau peluru yang sering digunakan syaitan untuk menyerang dan merosakkan hati-hati manusia:
1) Perasaan marah
2) Nafsu syahwat
3) Perasaan tamak dan dengki
4) Kenyang
5) Cinta kepada perhiasan dan harta benda
6) Bergantung pada manusia
7) Gopoh gapah dan terburu nafsu
8) Cinta kepada wang ringgit
9) Sikap kedekut dan bakhil
10) Fanatik mazhab dan kelompok
11) Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan af'al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
12) Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang Islam

Hati
Hati adalah raja bagi manusia. Sebagai raja, hati mempunyai tentera-tentera yang mampu melaksanakan kehendak-kehendaknya. Tentera-tentera ini dikenali sebagai tentera-tentera zahir dan batin. Tentera-tentera zahir adalah segala anggota badan yang dikurniakan kepada manusia.Tentera-tentera batin pula adalah nafsu syahwat dan marah di samping ilmu, hikmat dan kebijaksanaan. Nafsu syahwat dan marah mampu memainkan dua peranan yang berbeza iaitu membantu hati atau menghancurkannya. Justeru, hati memerlukan ilmu dah hikmat supaya dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang bagi melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja.Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya adalah kebahagiaan bagi manusia di dunia dan akhirat. Marilah kita menjaga hati-hati kita yang menjadi bejana Allah di muka bumi ini.
Wednesday, January 21, 2009
Kejatuhan
As-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam buku Maza Khasiral Aalamu Binhithaathil Muslimin merumuskan beberapa punca kejatuhan umat Islam hari ini seperti berikut :
1) Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak layak. Pemimpin-pemimpin umat islam meminggirkan ajaran Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok.
2) Politik dipisahkan daripada agama. Apabila agama tidak lagi menyuluhi politik, maka lahirlah penyelewengan, kezaliman dan ketidakadilan pada peringkat tertinggi.
3) Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang tidak baik. Mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemaksiatan dan mengabaikan kewajipan amar maaruf dan nahi mungkar.
4) Para ilmuwan Islam gagal memperkembangkan ilmu. Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains dan teknologi tidak difokuskan.
5) Timbulnya bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam. Tokok tambah dalam agama tanpa berasaskan Quran dan sunah menjadi popular sehingga akhirnya berjaya memudarkan cahaya Islam yang asli lagi murni.
Dengan keinsafan dan kesungguhan, kerosakan ini dapat diperelok dan diperbaiki. bagaimanapun kerjanya tidak mudah. Namun, andai kata kita sanggup memulakan proses perubahan ini, Allah pasti mempermudahkan kerja-kerja kita.
Apa kata anda? Tepuk dada, tanya selera.

Peta hidup
Ciri-ciri yang ditekankan oleh para sahabat nabi:
1) Mengenali peta hidup dengan mendampingi Quran
2) Memulakan perubahan dengan diri sendiri menuju takwa
3) Mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan
4) Berperanan mencegah kemungkaran
5) Mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran
Berasaskan formula ini, sahabat-sahabat nabi berjaya menguasai dunia. Kenapa kita tidak menduplikasinya?

Tamadun terbesar
Petikan dari ucapan Carleton S. (Carly) Fiorina, (CEO Hewlett-Packard Company) yang bertajuk Technology, Business and Our Way of Life: What's Next:
"Pada suatu masa dahulu, wujud suatu tamadun terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kuasanya, terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingnya. Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin ke negara China dan antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma. Konsep-konsep ini membantu penciptaan komputer dan ecncryption pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan member nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. penulis-penulisnya menulis ribuan cerita."
Tamadun apakah yang terhebat ini?

Cemerlang
Ramai orang ingin cemerlang. Malangnya, tidak ramai yang mengetahui formula terbaik bagi mencapai kecemerlangan hakiki. Kebanyakannya hanya berpegang kepada formula kecemerlangan barat yang mencanangkan kecemerlangan bersifat duniawi. Kecemerlangan yang disandarkan kepada kebebasan, material dan kepuasan hidup yang maksimum tanpa nilai dan penghayatan pada makna di sebalik kehidupan. Akhirnya, formula itu hanya membawa mereka kepada kehidupan yang dipenuhi kepura-puraan dan vakum. Justeru, apakah formula terunggul bagi mencapai kecemerlangan yang hakiki dan ababdi?
Subscribe to:
Posts (Atom)